Murid-murid pendidikan pemulihan merupakan murid yang
mempunyai masalah pembelajaran dalam kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis
dan mengira. Murid-murid ini lambat menguasai sesuatu kemahiran yang
disampaikan dan juga mempunyai pencapaian yang rendah berbanding dengan murid-murid
biasa yang sama peringkat persekolahan dengan mereka. Oleh
itu, tindakan pemulihan perlu diberikan dengan segera bagi mengatasi masalah
pembelajaran yang berterusan ini. Pendidikan pemulihan merupakan satu usaha
yang dilakukan untuk memenuhi keperluan murid-murid yang menghadapi masalah dan
kesulitan pembelajaran di sekolah. Tujuan pendidikan pemulihan adalah untuk membantu
murid-murid dalam perkembangan diri dan
menunjukkan potensi mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment