Walaupun
latihan guru pemulihan telah dilaksanakan secara intensif sejak tahun 1980-an
tetapi pelaksanaan program pendidikan pemulihan masih lagi tidak dapat
dijalankan dengan berkesan. Mulai tahun 2007, Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) mula memberi perhatian yang serius bagi menjayakan program pendidikan pemulihan
di samping Sekolah Jenis Kebangsaan Cina juga memberi perhatian terhadap murid
pemulihan yang lemah di sekolah.
Wujudnya
kelemahan pelaksanaan pendidikan pemulihan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina kerana
belum dititikberatkan terhadap dasar ini sebelum tahun 2007.
- Guru pemulihan kadang-kala diarah oleh guru besar untuk menggantikan tugas guru-guru yang tidak hadir untuk menggantikan kelas mereka. Oleh itu, kelas pemulihan terpaksa ditunda.
- Pelantikan guru pemulihan adalah dilantik oleh guru besar sekolah rendah untuk menggantikan jawatan kosong tersebut di samping guru tersebut tidak mempunyai pengetahuan atau kemahiran untuk menjalankan pendidikan pemulihan dengan berkesan.
- Masa yang diperuntukkan terlalu rigid atau ketat sehingga pelaksanaan program pendidikan pemulihan terpaksa dihentikan apabila murid-murid pemulihan terpaksa balik ke kelas masing-masing di samping ditambah kerja rumah yang diperolehi di kelas biasa dan kelas pemulihan.
- Bilik pemulihan tidak begitu sesuai kerana kekurangan alatan. Pihak sekolah terpaksa mengadakan bilik pemulihan di tempat-tempat yang tidak berkeperluan asas sebagai kelas seperti bilik stor yang terletak di sebelah tandas dan mengadakan ‘bilik sementara’ kerana kekurangan bilik darjah.
- Bilik pemulihan pada peringkat awal kecil seperti bilik stor. Kini, saiz bilik pemulihan dibesarkan kepada standard bilik kelas biasa dan disediakan dengan alatan-alatan dan perabot, dihiaskan dengan keceriaan dan dilengkapi dengan alat bantu mengajar (ABM).
- Guru-guru pemulihan diberikan peluang untuk mengikuti kursus pendidikan pemulihan untuk memantapkan pengetahuan guru-guru.
Sistem ‘withdrawal’
Murid-murid
yang lemah dan terpilih dari kelas biasa akan dimasukkan ke dalam kelas
pemulihan. Guru pemulihan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan
rajin, tekun, bertenaga dengan alat bantu mengajar yang menarik dan sesuai
sehingga murid-murid pemulihan mampu menguasai kemahiran-kemahiran yang gagal
dikuasai di kelas biasa dan ditempatkan semula di kelas biasa. Murid-murid
pemulihan akan hadir ke kelas pada waktu tertentu untuk mengikuti pengajaran
dan pembelajaran yang berkaitan dengan pemulihan Bahasa Melayu dan Matematik.
Pemulihan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
Guru
mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) menjalankan pengajaran dan
pembelajaran pemulihan dalam kelas biasa. Hal ini bertujuan untuk membantu murid
yang lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari. Sekiranya terdapat murid
yang gagal menguasai kemahiran yang telah diajar, guru perlu melaksanakan
pendidikan pemulihan dalam darjah dengan segera supaya tidak ketinggalan lagi.
Instrumen Penentu Penguasaan 3M (IPP3M)
Instrumen
Penentu Penguasaan 3M (IPP3M) diperkenalkan bertujuan untuk mengenalpasti tahap
penguasaan murid dalam kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) dan menentukan
kumpulan murid yang perlu meneruskan program pemulihan di samping memberi maklumat
tentang tindakan yang patut diambil untuk membantu murid yang berkenaan.
Kelas Intervensi Awal 2M (KIA2M)
Program
yang dirancang untuk membantu murid tahun satu menguasai dan belum menguasai
kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Kumpulan murid
ini terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas
membaca dan menulis kerana terdapat murid yang tidak bersekolah pada peringkat
prasekolah. Kelas Intervensi Awal 2M (KIA2M) akan dijalankan sepenuh masa oleh
guru Bahasa Melayu tahun satu.
Program Literasi dan Numerasi (LINUS)
Berdasarkan
panduan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Program
Literasi dan Numerasi (LINUS) mula dilaksanakan mulai 2010 hingga 2012 di
seluruh Malaysia dan bertujuan untuk memastikan semua murid Tahun 1 pada 2012
dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi) dan mengira
(numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Program ini wajib
dilaksanakan di semua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Bantuan Kerajaan (Cina
dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Program ini dilaksanakan dalam
waktu Bahasa Malaysia dan Matematik mengikut peruntukan waktu sedia ada dan
menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran asas literasi dan numerasi yang
bersesuaian dengan tahap kebolehan murid. Ujian Saringan Program
Literasi dan Numerasi (LINUS) akan diadakan 2 kali setiap tahun terhadap
murid-murid Tahun 2 dan 3 manakala 3 kali terhadap murid-murid Tahun 1.
PROTIM 3M (2013)
Sasaran
program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6. PROTIM bagi Tahun 6
pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR bagi
memastikan murid-murid yang tamat dalam peringkat sekolah rendah dapat menguasai
3M (membaca, menulis dan mengira) dan dapat mengikuti perkembangan di sekolah
menengah dengan baik. Selepas peperiksaan UPSR, murid-murid dalam program
PROTIM akan diberikan pemulihan selama dua bulan sebelum pergi ke sekolah
menengah nanti.
Isu semasa yang dihadapi dalam
pelaksanaan program pendidikan pemulihan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Menurut
surat khabar Cina, Nanyang Shang Pao, bulan Februari Tahun 2012, tertimbul isu
tentang pelantikan guru pemulihan yang tidak fasih berbahasa Cina dihantar ke
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina untuk menjadi guru pemulihan khas dan menjalankan
program pendidikan pemulihan terhadap murid-murid yang kebanyakan berbahasa
Cina. Menurut kenyataan yang dikemukakan (Perkara 3) oleh Jiao Zong, iaitu
Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (UCSTAM) pada 10 Februari
2012 mengatakan bahawa sebahagian Jabatan Pelajaran Negeri
(JPN) menghantar guru pemulihan yang tidak fasih berbahasa Cina ke Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina. Peranan guru pemulihan adalah membantu murid yang lemah dalam
pembelajaran tetapi bagaimana guru yang tidak fasih berbahasa Cina dapat
berkomunikasi dengan murid dengan baik di samping mendidiknya. Pihak berkenaan
telah berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut tetapi belum diselesaikan
pada masa itu.